PROFIL SYARIKAT





HR Marketing Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.




  • Misi syarikat adalah penglibatan secara aktif dalam dunia perubatan tempatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin terhadap aspek penjagaan diri dan kesihatan dengan bantuan barangan kosmetik dan produk kesihatan buatan Malaysia.
  • Visi syarikat adalah untuk mengorak langkah ke arah merealisasikan matlamat sebagai salah satu agensi yang prihatin dalam penjagaan diri dan kesihatan dengan menghasilkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing seterusnya memperkenalkan barangan kosmetik pertama syarikat iaitu Sabun Susu Kambing HR. 
  • Objektif syarikat adalah untuk menjadi agen pemasaran unggul yang menghasilkan dan memasarkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen hasil formula, inovasi dan inisiatif HR Marketing Sdn. Bhd.
  • Aspirasi kami pendukung syarikat adalah sokongan padu dari pihak yang berkaitan dan masyarakat seluruhnya dalam memberikan kepercayaan dan dorongan kepada kami memajukan syarikat seterusnya memantapkan taraf barangan penjagaan diri dan kesihatan buatan Malaysia.

_________________________________________________________________________

AHLI LEMBAGA PENGARAH  




TUAN HAJI HASHIM BIN JAHAYA
_________________________________
Pengerusi Eksekutif HR Marketing Sdn Bhd







TUAN HAJI ISMAIL BIN AWANG
_________________________________
Pengarah Eksekutif HR Marketing Sdn Bhd










DARI LEMBAGA PENGARAH

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada usahawan kerana berjaya menceburkan diri didalam dunia perniagaan HR dan kami memberi jaminan akan sama-sama berusaha bagi mencapai kejayaan secara berterusan.Justeru itu,kita hendaklah menanam cita-cita dan mengambil inisiatif untuk memajukan diri agar menjadi usahawan yang berwibawa.disamping itu,kita juga harus bersedia menanggung risiko dan sanggup menghadapi cabaran globalisasi di abad ke-21.

Sebagai usahawan,kita adalah tunggak utama dalam memajukan diri dan keluarga seterusnya penyumbang kepada kemakmuran masyarakat dan negara.Kita perlu merebut peluang perniagaan yang ada,mengusahakan sehingga berjaya dan lebih berjaya.Misi dan matlamat jangka panjang akan membawa perniagaan ke arah kejayaan secara berperingkat.

Kejayaan bersama HR akan dicapai hasil daripada komitmen yang berterusan serta bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan.Mereka yang bergelar usahawan adalah orang yang berjaya merelialisasikan potensi diri,kebebasan dan keseronakan menghadapi cabaran dan mengejar impian.

Berilmu dan beramal mestilah dipraktikan barulah ianya mendatangkan sesuatu yang berharga dan bermakna.Proses ini akan menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan,berpengalaman serta mempunyai kemahiran yang tinggi.

Kami di HR amat berbangga dengan barisan produk yang berjaya dihasilkan dan sebagai perintis produk berasaskan susu kambing.Setiap siri produk menjanjikan kualiti,bersih,suci dan halal.Pelan pemasaran yang adil dan dinamik juga membolehkan para usahawan untuk mengembangkan pasaran dan perniagaan mereka.

Disamping berilmu dan beramal dengan harapan akan berjaya bukan sahaja kepada diri-sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling atau rakan kongsi.Jadikan ia sebagai landasan didalam sistem kerja berkumpulan.InsyaALLAH kejayaan akan menjadi milik anda.


_____________________________________________________________________


PRODUK SYARIKAT

Syarikat HR Marketing adalah peneraju terbesar pengeluar produk berasaskan susu kambing di Malaysia.Produk-produk yang di hasilkan adalah kegunaan harian seperti 

  • Produk Makanan & Minuman Kesihatan,
  • Produk Penjagaan Kulit
  • Produk Penjagaan Badan
  • Produk Penjagaan Rambut
  • Produk Kosmetik 
  • Produk Intensif dan banyak lagi produk-produk baru akan dikeluarkan tidak lama lagi.


Semua produk HR Marketing dihasilkan di Kilangnya sendiri